CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Tuesday 3 March 2009

Keadaan Yang Boleh Menyebabkan Bayi Dalam Kandungan Lemas

Kadar jantung janin ini akan berkurangan jika penyaluran oksigen kepada janin terjejas. Jika penyaluran oksigen kepada janin terjejas terlalu lama, otak janin akan terjejas dan boleh menyebabkan bayi yang dilahirkan cacat seperti mengalami cerebral palsy. Kadangkala ia boleh menyebabkan kematian janin sebelum dilahirkan atau kematian perinatal (kematian dalam masa 7 hari kelahiran) akibat lemas semasa proses kelahiran.

Sebagaimana yang diketahui penyaluran oksigen daripada ibu kepada janin harus melalui otot rahim, uri dan tali pusat dan terus ke janin. Jika terdapat penghalang pada mana-mana tempat ini, maka akan terjejaslah penyaluran oksigen kepada janin. Keadaan yang boleh menjejaskan penyaluran oksigen ialah:

1. Ketika otot rahim mengecut (contraction) dalam proses kesakitan untuk melahirkan anak, seperti dalam kes puan. Bayi yang terlalu kecil seperti kes intrauterine restriction (IUGR) lazimnya tidak dapat menahan kesan pengecutan otot rahim menyebabkan ia lemas. Pengecutan otot rahim yang terlalu kerap juga boleh menyebabkan bayi lemas.

2. Uri yang mempunyai masalah seperti uri yang kecil, terlalu matang (calcified) atau uri yang terpisah daripada dinding rahim.

3. Tali pusat yang tersimpul mati (true knot) atau tali pusat yang membelit tengkok bayi sehingga tercekik terutamanya semasa kesakitan berlaku (contraction).

Jika berlaku keadaan ini, maka pembedahan perlu dilakukan serta merta untuk menyelamatkan anak dalam kandungan dan bayi dapat diberi oksigen secara langsung ke dalam paru-paru dan tidak lagi melalui uri dan tali pusat bayi. Lagi lama janin dibiarkan lemas di dalam rahim ibu, lagi rumit untuk memulihkannya dan lagi tinggi risiko kecacatan bayi dan kematiannya akibat lemas, kekurangan oksigen dan pemakanannya
.

0 comments: