CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Tuesday 8 November 2011

ku sangka bahagia,rupanya derita....

aku cuma mengharapkan bahagia,tetap apa yang ku dapat adalah derita....
aku nie mungkin tidak memahami mu...tpi aku juga cuba utk memahami diri mu...
mengapa setiap kali aku terlewat atau pun terlupa akan sesuatu yg remeh temeh...
orang lain plak yang cuba memarahiku...apa salah ku....

bukan ku pinta apa2 darimu,hanya sedikit kefahaman dari mu....
ya aku sedar dan aku pasrah jika keluarga mu tidak menerima ku...
dan aku tahu bukan semua dapt apa yg aku kehendaki.....

kawan mu jua yg buat diriku ini bagaikan pesalah...
kawan mu jua yg lepaskan kata....''saya menyesal beri kebenaran utk berkawan ngn ku''
kawan mu jua yg lepaskan kata....''saya kecewa dengn kamu''....

tak mengapa lah...aku nie tak memahami mu.....semuanya salah ku....

sampaikan org yang ku sayang.....

ye baru ku tahu....bahawa kawan awk sendiri kata nk jodohkn org yg ku syg kepada abgnya.....

fine...aku akur....

Engkau yg tidak pernah tahu

engkau yang tidak pernah tahu...bahawa aku sering kali memikirkan mu yang jauh nun disana....adakalanya aku bayangkan engkau selalu di hadapan ku....dan aku sering menanti kepulangan mu sayang.....
terus terang aku luahkan pada mu....bahawa aku sering kali memikirkan kesihatan mu di kala kejauhan ini......
mungkin aku tak pandai utk luahkan apa yg tersirat di hati ini...hanya coretan yg mampu aku lakukn utk mu.....

ketahuilah dlm hati ini hanya diri mu yg mampu membuatkn aku bahagia kembali...
dan kerana engkau jua lah membuat aku kembali kuat utk hadapi semua yang ada di depan mata ku....

engkau segala2nya buat ku.....engkau juga lah nyawa dan impian ku utk hari nie dan selamanya.....
hanya engkau yg aku impikan dlm hayat ini.....

Friday 4 November 2011

Tanggal 29 oct 2011

Tanggal 29hb bulan 10 tahun 2011,adalah detik yang paling aku harapkan utk aku mempuanyai seseuatu yang baru di dalam hidup ku....saat yang paling aku harapkan yang teramat sangat....ia hadir tanpa aku menduga....walaupun adakalanya mood yang adakalanya berubah dan adakalanya mood hanya tenang seketika cuma...entah bagaimana hendak aku mengawal keadaan yang selalunya membuatkan aku jadi semakin takut dan adakalanya aku terpaksa memberanikan diri utk aku meneruskan hidup yang telah ditakdirkan....apa yang boleh aku ucapkan aku amat bahagia dengan apa yang telah di kurniakan dari yang maha esa....syukur alhamdullilah amin......

Saturday 10 September 2011

Tak ku sangka,Tak ku Duga..

malam ku tidur tak lena...teringatkan dirimu...
terimbas kembali kenangan lalu alangkah indahnya..
bersama mu...

mengalir airmata ku menemani malam sepi ku....
ku rindu saat bersama mu sukarnya utk ku melupakan mu...
dahulu engkau berikan cinta...
mengapa kini engkau berubah.....
manakah janji mu akan setia menanti.....
jikalau engkau tak lagi suka...katakan saja..
aku tak kisah...
dari kau terus membuat ku menunggu...

tak ku sangka...tak ku duga...
perpisahan yang akan melanda...
kan ku cuba pertahankan....
namun dirimu pergi jua......

cinta mu bagaikan rembulan....
yang hadir bila malam menjelang...
kau hilang bila siang mendatang...
begitu lah cintamu oh...sayang....

kau lontar cinta ku di tepian...
ku bagai kan hanyut di lautan...
yang lemas di dalam percintaan...
di pukul gelombang keresahan......

mengalir airmata ku...menemani malam sepi ku.....
ku rindu saat bersamamu...
sukarnya untuk ku melupakan mu..........

Wednesday 22 June 2011

ye aku tahu

ye....aku sedar aku tak setanding dengan mu...engkau ada segala-galanya...tapi aku tidak punyai apa-apa seperti mana yang engkau ada dan kecapi.

ye aku tahu engkau mempunyai keluarga yang dapat beri kasih sayang pada engkau...tapi aku ini hanya keseorangan yang tidak punyai kasih sayang seperti engkau...

ye aku tahu dan aku sedar aku tiada punyai harta seperti engkau...dan aku tidak punyai harta seperti engkau...

salah ke aku hanya mahukan sedikit kasih sayang dari engkau,dan salah kah aku utuk menunpang sedikit belaian dari engkau...

aku sedar aku hanya manusia yang penuh dengan kebencian oleh keluarga mu...dan hidup aku ini penuh denagn caci maki oleh keluarga mu....

tetapi aku redha dengan apa yang aku hadapi ini...

terima kasih wahai airmata kerana engkau sudi menjadi teman hidup ku selama mana aku merasakan kepedihan dan kesakitan.......

Saturday 28 May 2011

Aku yang masih menanti dirimu

aku yang masih menanti akan dirimu untuk menemani aku dikala kesepian dan kesunyian,dan mengharapkan dikau sentiasa disisi ku sebagai isteri yang paling ku sayangi...tetapi mengapa dikala kesukaran dikau untuk menerima ku dengan seadanya aku buat dirimu..
ya...ya aku sedar bahawa aku tidak lah sempurna seperti lelaki atau jejaka lain yang selalu menjadi idaman setiap wanita..yang mempunyai harta,rumah yang besar,keluarga yang bahagia,mempunyai wang ringgt yang banyak yang memudahkan apa yang di pinta..memang wang bukan segalanya..tetapi semua memerlukan wang...tetapi mengapa wang yang menjadi taruhannya...hinggakan aku bagaikan tiada apa-apa diperlakukan oleh orang yang paling ku sayangi...
dengarilah akan luahan hati ku yang hanya mampu menangis semahunya....
aku yang masih menanti mu entah sampai bila.....

Wednesday 23 March 2011

Aku yang mengharap

Aku yang mengharap dikau untuk sempurnakan hari ku yang kian kelam,dan aku hanya menanti saat yang paling bahagia di sisimu,tetapi hanya kesedihan yang melanda diri ku...oleh kerana kehendak keluargamu aku pula yang menjadi mangsa harga yang terlalu tinggi....pernahkah kau fikirkan saat yang paling kita menanti untuk melayari bahtera yang paling kita sayangi.namun kau jua yang punahkan segala impian yang penah kau harapkan daripada ku....kini aku yang terus mengharap sesuatu yang belum pernah pasti...hanya aku yang tahu....