CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Wednesday, 22 June 2011

ye aku tahu

ye....aku sedar aku tak setanding dengan mu...engkau ada segala-galanya...tapi aku tidak punyai apa-apa seperti mana yang engkau ada dan kecapi.

ye aku tahu engkau mempunyai keluarga yang dapat beri kasih sayang pada engkau...tapi aku ini hanya keseorangan yang tidak punyai kasih sayang seperti engkau...

ye aku tahu dan aku sedar aku tiada punyai harta seperti engkau...dan aku tidak punyai harta seperti engkau...

salah ke aku hanya mahukan sedikit kasih sayang dari engkau,dan salah kah aku utuk menunpang sedikit belaian dari engkau...

aku sedar aku hanya manusia yang penuh dengan kebencian oleh keluarga mu...dan hidup aku ini penuh denagn caci maki oleh keluarga mu....

tetapi aku redha dengan apa yang aku hadapi ini...

terima kasih wahai airmata kerana engkau sudi menjadi teman hidup ku selama mana aku merasakan kepedihan dan kesakitan.......

Saturday, 28 May 2011

Aku yang masih menanti dirimu

aku yang masih menanti akan dirimu untuk menemani aku dikala kesepian dan kesunyian,dan mengharapkan dikau sentiasa disisi ku sebagai isteri yang paling ku sayangi...tetapi mengapa dikala kesukaran dikau untuk menerima ku dengan seadanya aku buat dirimu..
ya...ya aku sedar bahawa aku tidak lah sempurna seperti lelaki atau jejaka lain yang selalu menjadi idaman setiap wanita..yang mempunyai harta,rumah yang besar,keluarga yang bahagia,mempunyai wang ringgt yang banyak yang memudahkan apa yang di pinta..memang wang bukan segalanya..tetapi semua memerlukan wang...tetapi mengapa wang yang menjadi taruhannya...hinggakan aku bagaikan tiada apa-apa diperlakukan oleh orang yang paling ku sayangi...
dengarilah akan luahan hati ku yang hanya mampu menangis semahunya....
aku yang masih menanti mu entah sampai bila.....

Wednesday, 23 March 2011

Aku yang mengharap

Aku yang mengharap dikau untuk sempurnakan hari ku yang kian kelam,dan aku hanya menanti saat yang paling bahagia di sisimu,tetapi hanya kesedihan yang melanda diri ku...oleh kerana kehendak keluargamu aku pula yang menjadi mangsa harga yang terlalu tinggi....pernahkah kau fikirkan saat yang paling kita menanti untuk melayari bahtera yang paling kita sayangi.namun kau jua yang punahkan segala impian yang penah kau harapkan daripada ku....kini aku yang terus mengharap sesuatu yang belum pernah pasti...hanya aku yang tahu....

Tuesday, 9 November 2010

kemana kau menghilang

Mengapa kau melarikan diri,
ku rasa sayu..ku ingin kau disampingku,
seperti waktu dahulu....

Kemana kau menghilangkan dirimu,
ku rasa sayu...ku mencari mu disinggah sana...

Dan aku hilang tempat bermanja...
kau pula bersuka ria....

Kemana kau menghilangkan diri...
ku yang mencari...dulu kau pernah
janji sumpah setia mu yang kau berikan kapada ku...

Apakah kesalahan ku padamu
dan juga tingkah laku ku itu..
sehingga kau meninggalkan diri ku..
dan aku kehilangan mu....

Dan aku hilang tempat bermanja...
kau pula bersuka ria....

Kemana kau menghilangkan diri...
ku yang mencari...dulu kau pernah
janji sumpah setia mu yang kau berikan kapada ku...

Apakah kesalahan ku padamu
dan juga tingkah laku ku itu..
sehingga kau meninggalkan diri ku..
dan aku kehilangan mu....

Tolong lah kembali ke pangkuan ku
ku ingin bersama mu..seperti waktu dahulu..
kita berdua......

Sunday, 8 August 2010

Hanya Engkau....

aku hanya seorang yang paling lemah apabila melihat airmatanya yang jatuh dari pipinya,namun aku amat mengerti akan penyeksaan yang melanda akan dirinya...aku yang amat menyintainya,tetap akan aku harunginya asalkan aku dapat hidup bersamanya hingga keakhir hayatku..dan biar aku terkubur dalam cintanya,aku tidak kisah walaupun apa yang akan bakal berlaku aku tetap aku akan teruskan perjuanganku ini akan terus aku perjuangkan cintaku ini hanya untuk insan yang bernama wanita...aku tidak pernah rasa jemu walaupun aku sanggup menangis bersamanya,aku ingin melihatnya terus ke menara gading dan tercapai segala cita-citanya..aku tetap berpengang pada segala janji-janji aku kepadanya..namun aku tidak pernah selingkuh terhadap cintaku kepadanya...aku tidak sanggup berjauhan dari inasan yang amat aku sayangi lebih dari nyawaku sendiri..asalkan aku tetap akan hidup bersamanya dan akan terus bersamanya,kini hanya hidup mati aku kini hanya untuknya.aku jatuh cinta padanya bukan kerana harta,kerjayanya yang dijamin masa depannya kekal,aku jatuh hati padanya kerana aku tahu dia dapat menjagaku dan menyayangiku sepenuh hatinya...apa yang aku katakan ini adalah dari naluri hati ku yang berkata,aku cuma dapat luahkannya disudut ruangan ini....hanya engkau yang aku sayangi selamanya...

Wednesday, 26 May 2010

Aku yang dalam delima kasih khayalan

Aku yang masih mencari ketenangan untuk sesebuah cinta,untuk menemani hidup yang sekian lama aku kehilangan 2 insan yang amat aku sayangi dari dulu hingga kini,aku yang kehilangan isteri yang amat aku sayangi dan amat aku cintai,aku juga amat merindui insan yang bernama anak yang di kasihi yang kini entah di mana hanya tatapan gambar dan nama..setiap malam aku hanya mampu menangis dan berdoa pada yang esa agar aku dapat ketenangan.kini ada yang ingin menyambung kebahagia yang aku inginkan,tetapi kini hanya sementara..adakah ini dugaan bagiku..memang aku amat menyayangi dirinya,siang malam hanya dia yang aku selalu mengharapkan,tetapi kini dia ingin melepaskan tangan ku lagi,aku yang dulunya punyai kesungguhan untuk memberi kebahagiaan padanya,kini kembali layu bila ia menyatakan tidak mahukan hubungan ini lagi..tangan yang dulu gagah memeggang janji kini layu di persimpangan jalan..kini aku tetap dalam keseorangan...hanya aku yang tetap kesepian dan kesedihan menangis meratap kisah silam yang berlaku untuk kali 2 ini yang bermain didalam delima kasih khayalan..

Thursday, 24 December 2009

Luruh Hati

Luruh hati ku yang sayu,menahan rasa sebak dihati yang menanah luka yang lama dahulu berdarah kembali.

aku yang terpaksa menelah keluhan rasa kehinaan yang selalu di anggap sebagai seorang pencinta yang tidak pernah setia.

aku yang selalu mengharap sebuah hubungan yang kekalnya adalah lama,
namun apa yang aku dapat adalah sebuah kelukaan yang entah sampai bila akan kekal..

ahh...aku hanya akan dianggap seorang yang tak pernah menghargai sebuah hubungan yang entah sampai kemana..

hanya aku pendamkan segala hal dan aku hanya biarkan peraasan luka yang tiada sembuhnya
entah sampai bila aku harus begini....

mungkin sampai mati...

fikirkanlah apa yang aku mahukan dalam sebuah harapan dan percintaan...

hanya aku yang tahu akan hakikatnya....