CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Thursday, May 18, 2017

Aku tanpa noktah

Saat ini hati ku rasa umpama tiada apa-apa ibarat kertas kosong atau seperti batu karang ditengah lautan yang tiada penghuninya....


Hidup aku umpama sepohon pokok yang hanya menunggu masa untuk tumbang dengan sendiri nya...

Patutkah aku hidup tanpa penunjuk arah agar tidak sesat di sebuah perjalanan yang masih panjang dan jauh....

Aku adalah aku dan aku tidak mampu untuk menjadi seperti orang lain tidak mampu untuk penuhi segala apa yang terbuku di hati....

Masa semakin singkat,keadaan makin kusut,keperluan semakin ketandusan...
Cinta itu perlukah kepercayaan orang lain dan bukan dari diri sendiri...

Kini aku pasrah kini aku rela dan kini aku redha dengan ape segala kemungkinan...

Hanya aku yang terus menanti sesuatu yang tidak pernah menjadi milik aq...

Wednesday, April 12, 2017

SAHABAT

Apakah erti persahabatan
Bagi aku erti persahabatan itu ibarakan seperti ombak dan pantai yang tidak pernah terpisah....
Tetapi mengapa manusia tidak pernah tahu apa itu ertinya persahabatan......
Adakah persahabatan itu seperti lalang atau seperti rumpun.....
Apabila kita dilandan kesenangan...semua sahabat kita mulai rapat dan sentiasa ada bersama seiringan kemana sahaja......
Tetapi apabila kita dilanda kesusahan dimanakah sahabat yang dulunya sentiasa ada dengan kita.....Adakah waktu kita senang sahaja yang ada.....
Aku sendiri tidak faham...apabila kita rapat makin ramai yang akan selalu ambil kesempatan diwaktu kita senang....
Dan buang kita apabila ianya mulai senang....
Pesan aku hanya satu....dan kefahaman aku juga hanya satu....
Sahabat yang baik adalah sahabat yang sanggup susah payah bersama...
Menangis bersama.....
Ketawa bersama....
Susah bersama....
Senang bersama....
Apabila kita susah akan ada sentiasa peneman disisi kita....
Bukan melarikan diri apabila melihat orang lain pernah membantu kita dahulu...
Ketika kita dalam kesusahan.....
Jangan sering mengambil kesempatan diatas kesenang seseorang kerana kita tidak pernah tahu bahawa seseorang itu punyai kesusahan yang paling perit untuk ai lalui......

Aku bukan lah seorang bidalan yang petah bercakap mahu pun bermadah...
Tetapi aku berpesan buat diri sendiri agar kelak aku tidak tergolong dikalangan orang-orang yang munafik.....
Sekian coretan buat sahabat kepada sahabat....hanya aku yang tahu....

Monday, January 23, 2017

Hanya engkau dihatiku selamanya

Kadang-kadang kita tidak pernah sangka yang kita akan ditinggalkn dengan pelahan-lahan tanpa kita sedar..

Tetapi kita dapat rasakan bahawa cinta itu tidak akan pernah ada untuk kita,jika ada pun hanya seketika.....

Pada mulanya ia akan indah,apabila ia mula bosan pelbagai cara untuk ia menolak kita jauh dari sudut hati...

Dahulunya semua indah,sakit hati atau tidak semua tiada kisah,soal kepercayaan makin kuat...tetapi lama kelamaan ia akan bertukar menjadi semakin hambar dan pudar ditelan dek masa yang panjang......

Dahulunya bahagia,tetapi sekarang derita melanda....aku menulis bukan kerana rasa kecewa atau sebaliknya....tetapi aku menulis kerana apa yang aku rasa sekarang....

Dahulunya bila bicara I LOVE YOU,I MISS YOU...sering kali berbalas...tetapi sekarang apabila diucapkan dalam perkataan yang sama hanya balasan diam sahaja.....

Adakah aku masih diperlukan lagi atau tidak,aku sendiri tiada kepastian...adakah cinta ini akan berkekalan hingga ke jinjang pelamin aku sendiri tiada kepastian...

Apa yang aku inginkan hanya satu dalam sesebuah hubungan percintaan adalah cinta hingga ke syurga cinta yang akhirnya yang menjanjikan satu tali pernikahan....

Kini aku hanya pasrah...menanti hari demi hari adakah ianya akan berakhir seperti yang aku impikan,atau hanya sekadar impian yang tiada kesudahan.....

Ya allah jika dia yang engkau ciptakan untuk aku maka engkau permudahkan segala halangan....dan jika ianya bukan tercipta untuk aku maka engkau damaikanlah hati aku dengan ketenangan....

Ya allah aku memohon doa padamu moga-moga dia adalah teman sehidup sematiku maka engkau permudahkanlah segalanya agar aku dapat mencari kebahagian
Amin....

Aku cuma inginkan cinta kau hingga ianya menjadi satu,satu dalam erti kata ikatan yang sah...ikatan yang akan membawa kita terus mencapai impian yang hakiki....

Hanya aku yang menanti saat bahagia itu...

Nukilan dwarna sutera
24/01/2017
02.10am