Kadang-kadang kita tidak pernah sangka yang kita akan ditinggalkn dengan pelahan-lahan tanpa kita sedar..
Tetapi kita dapat rasakan bahawa cinta itu tidak akan pernah ada untuk kita,jika ada pun hanya seketika.....
Pada mulanya ia akan indah,apabila ia mula bosan pelbagai cara untuk ia menolak kita jauh dari sudut hati...
Dahulunya semua indah,sakit hati atau tidak semua tiada kisah,soal kepercayaan makin kuat...tetapi lama kelamaan ia akan bertukar menjadi semakin hambar dan pudar ditelan dek masa yang panjang......
Dahulunya bahagia,tetapi sekarang derita melanda....aku menulis bukan kerana rasa kecewa atau sebaliknya....tetapi aku menulis kerana apa yang aku rasa sekarang....
Dahulunya bila bicara I LOVE YOU,I MISS YOU...sering kali berbalas...tetapi sekarang apabila diucapkan dalam perkataan yang sama hanya balasan diam sahaja.....
Adakah aku masih diperlukan lagi atau tidak,aku sendiri tiada kepastian...adakah cinta ini akan berkekalan hingga ke jinjang pelamin aku sendiri tiada kepastian...
Apa yang aku inginkan hanya satu dalam sesebuah hubungan percintaan adalah cinta hingga ke syurga cinta yang akhirnya yang menjanjikan satu tali pernikahan....
Kini aku hanya pasrah...menanti hari demi hari adakah ianya akan berakhir seperti yang aku impikan,atau hanya sekadar impian yang tiada kesudahan.....
Ya allah jika dia yang engkau ciptakan untuk aku maka engkau permudahkan segala halangan....dan jika ianya bukan tercipta untuk aku maka engkau damaikanlah hati aku dengan ketenangan....
Ya allah aku memohon doa padamu moga-moga dia adalah teman sehidup sematiku maka engkau permudahkanlah segalanya agar aku dapat mencari kebahagian
Amin....
Aku cuma inginkan cinta kau hingga ianya menjadi satu,satu dalam erti kata ikatan yang sah...ikatan yang akan membawa kita terus mencapai impian yang hakiki....
Hanya aku yang menanti saat bahagia itu...
Nukilan dwarna sutera
24/01/2017
02.10am
Monday, 23 January 2017
Hanya engkau dihatiku selamanya
Posted by akmappsp at 10:11
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment