CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Thursday, 26 February 2009

KANSER OVARI

Kanser ovari


Ini tumor jenis kanser.



Contents
1 Definasi dan Epidimiologi
2 Jenis-jenis kanser ovari
3 Faktor Risiko
4 Faktor Pelindung
5 Tanda-tanda
6 Tahap(stage) kanser
7 Pengesanan Kanser (diagnosis)
8 Rawatan
9 Prognosis
10 Pencegahan kanser ovari
11 Rujukan


Definasi dan Epidimiologi

Ini adalah ketumbuhan atau tumor pada ovari tetapi bukan kanser.

Kanser ovari atau ‘malignant’ adalah salah satu neoplasma ovari.Ia hanya berlaku 5% dalam neoplasma ovari.Kebanyakannya yang berlaku dalam neoplasma ovari adalah bukan kanser atau ‘benign’ 75-80%. Satu daripada 70 orang wanita akan menghidap kanser ovari dalam seumur hidupnya; Jika dia mempunyai penurunan genetik predisposisi, statistik menunjukkan satu daripada dua orang wanita tersebut akan menghidap kanser ini. Kanser ovari adalah kanser wanita keempat yang paling umum. Ia 6 kali kurang umum dari kanser payudara. Ia berlaku lebih ketara antara wanita di Negara maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah berbanding wanita di Negara membangun seperti Asia. Purata umur kejadian adalah 59 tahun , hanya 3% daripada penghidap kanser ovari berumur kurang pada 35 tahun.; bagi wanita yang mewarisi genetik predisposisi umur kejadian adalah 49 tahun.Lazimnya jenis sel kanser ovari pada usia muda adalah berbeza daripada yang lazim berlaku kepada wanita yang lebih tua.Kanser ovari menyebabkan ovari yang terlibat menjadi besar dari normal.Bagi perempuan muda,ovari yang besar kerap kali disebabkan oleh ‘benign’ atau bukan kanser yang mengandungi darah dan lender(cyst). Cyst tersebut biasanya tidak perlu dibedah dan boleh pecah secara spontan dan cecair diserap oleh badan.Manakala selepas putus haid (menopause),ovari yang besar adalah kerap kali disebabkan oleh kanser ovari.


Ini 'Endometriotic Cyst of Ovary', mengandungi darah kotor seperti coklat..

Perut wanita ini besar seperti hamil cukup bulan tetapi sebenarnya ia adalah 'Ovarian Cyst' yang sangat besar.






Jenis-jenis kanser ovari
Terdapat pelbagai jenis kanser ovari.Ia bermula dari pelbagai jenis sel dalam ovari.
Kanser yang bermula dari permukaan ovari(epithelial karsinoma) berlaku lebih dari 80% untuk semua jenis kanser ovari.
Jenis yang juga kerap terjadi adalah Germ sel tumor (tumor yang bermula dari sel yang menghasilkan telur) dan lebih kerap berlaku pada wanita yang berumur kurang dari 30 tahun.
stromal sel tumor (tumor yang bermula dari connective tisu)
Kanser ovari juga boleh terjadi dari kanser bahagian lain yang telah merebak ke ovari(metastasis).




Faktor Risiko
Penyebab peyakit kanser ovari ini sebenarnya tidak diketahui(idiopathic).Risiko untuk mengalami penyakit ini adalah tinggi bagi individu berikut:

Wanita yang tidak pernah hamil dan melahirkan anak.
Mencapai akil baligh(menarche) pada umur yang awal,dan menopause pula pada usia agak lewat.Dalam keadaan sebegini,seseorang wanita akan melalui proses ovulasi bagi masa yang agak lama.
Wanita yang menggunakan ubat-ubatan merangsang proses ovulasi secara berterusan dan dalam tempoh yang lama.
Wanita dengan keluarga terdekat mempunyai sejarah kanser ovari,kanser dinding rahim(endometrium) dan kanser payu dara.
Khasiat: kaitan antara lemak dan protin haiwan, dan juga peningkatan berat badan berlebihan.
Faktor Pelindung
Keadaan di mana ovulasi mengurang (kehamilan berganda, penyusuan, kontraseptif oral atau pil perancang).
Diet yang kaya dengan sayur-sayuran (terutamanya beta-karotin).
Tanda-tanda
Sakit perut dan ketidakselesaan pada perut adalah tanda lazim bagi kanser ovari.
Banyak kali ‘cyst’ dan tumor pada kilang ovari dijumpai secara kebetulan, ketika wanita berkenaan sedang menjalani pemeriksaan atau atas tujuan lain. Tidak ada tanda yang dirasai.
Gangguan dalam pusingan haid seperti lambat atau tidak datang pada waktu yang dijangkakan, haid tidak teratur seperti di luar waktu haid atau ia datang sedikit-sedikit tetapi berpanjangan.
Mandul atau kurang subur ataupun berulang kali keguguran.
Senggugut, sakit waktu persetubuhan atau sakit perut tanpa mengira masa.
Perut membesar tanpa hamil.
Putus hadi pada usia muda (premature menopause)
Gangguan ketika buang air kecil atau besar.
Dalam kes kanser ovari diperingkat lambat - hilang selera makan, susut berat badan, perut kembung, sakit pinggang dan letih lesu.



Tahap(stage) kanser
Tahap I : kanser hanya terbentuk di ovari (23% daripada jumlah pesakit kanser ovari)
Tahap II : kanser terbentuk di kawasan pelvis (13% daripada jumlah pesakit kanser ovari)
Tahap III : kanser sudah tersebar tetapi hanya di kawasan abdomen (47% daripada jumlah pesakit kanser ovari)
Tahap IV : kanser sudah tersebar di kawasan luar pelvis dan abdomen (16% daripada jumlah pesakit kanser ovari)



Pengesanan Kanser (diagnosis)
Semasa pemeriksaan fizikal,jika terdapat ovari yang besar,mestilah melakukan ultra bunyi , Imbasan Computed Tomography(CT)atau Magnetic Resonance Imaging(MRI) untuk membantu membezakan ovari cyst(benign) dengan kanser ovari(malignant).

ct scan.
Biopsi tisu dilakukan untuk mengesahkan kanser dan jenisnya.
Ujian darah juga dilakukan untuk mengesan petanda tumor kanser ovari (CA125).
Rawatan
Surgeri: penting dalam rawatan (peringkat penilaian merebaknya di abdomen), dan sesuai untuk pembuangan tumor.
Kemoterapi: permulaan kemoterapi adalah satu polikemoterapi.
Radioterapi: tidak membantu pada jenis kanser ini. Pergabungan antara radio/kemoterapi tidak membantu dalam kanser ovari, walaupun ia sangat berguna kepada kanser jenis lain.
Pengawasan dan rawatan berkala: bertujuan untuk pengesanan awal kemungkinan penimbulan semula kanser yang tidak dapat dielakkan; dan juga penilaian efikasi rawatan yang diikuti. Paras CA125 sangat penting; selepas pembedahan pembuangan tumor ovari, ukuran paras CA125 dibuat pada hari ke 5; jangka masa ini didapati berkait dengan searuh-hidup petanda.Jika paras tidak kembali ke normal penumbuhan tumor disyaki; bagaimanapun, bacaan normal tidak menunjukkan tiadanya penumbuhan tisu tumor; bergantung kepada pusat perubatan, sebanyak 15% pesakit perlu dibedah semula selepas surgeri permulaan yang tidak lengkap.
Peningkatan CA125 pada peringkat penimbulan semula memberi isyarat awal beberapa bulan sebelum rawatan klinikal: dinasihat menjalani ujian CA125 setiap 3 bulan semasa tahun pertama, kemudian setiap 6 bulan.

Peningkatan CA125 bermakna pengesanan lanjutan dengan ultrasound dan imunosintigrafi perlu dilakukan untuk mengesan penimbulan semula.




Prognosis
Tahap(stage) Prognosis
I 90% hidup selama 5 tahun
II 70% hidup selama 5 tahun
III 15-20% hidup selama 5 tahun
IV 1-5% hidup selama 5 tahun



Pencegahan kanser ovari
Pengesanan awal tumor ini menyelamatkan pesakit. Semua wanita (faktor risiko 1.4%) perlu menjalani pemeriksaan ginekologikal sekali setiap tahun;

dalam kes mewarisi sindrom kanser ovari (faktor risiko 40%), anda perlu menjalani: pemeriksaan klinikal tahunan,ujian petanda tumor dan ultrasound pelvik. Penyata sependapat National Institute of Health (NIH) mengesyorkan (2002 Laboratory Medicine Practice Guidelines) wanita ini perlu menjalani sekurang-kurangnya pemeriksaan ‘’’pelvik rektovaginal tahunan dan trasvaginal sonografi dengan mengambil bacaan bagi petanda tumor kanser ovari (CA125).
pengunaan petanda tumordapat membantu dalam pengesanan kanser ovari dan penimbulan semula kanser ini: untuk mengesan kanser ini CA125 bersama CEA(carcinoembryonic antigen) diperlukan, jika CA19-9dan AFP(a-fetoprotein) boleh didapati ia lagi berkesan.
Wanita yang sudah putus haid, CA-125 diguna untuk rawatan tumor jinak dan ganas pelvik. Peningkatan nilai pada wanita yang sudah putus haid yang mempunyai ketumbuhan pelvik perlu dirujuk kepada pakar bedah abdomen, sampel nodus, omentektomi dan pembedahan sitoreduktif.

0 comments: