Maklumat untuk pesakit kanser
Laman web ini adalah khas untuk penghidap kanser wanita yang memerlukan maklumat mengenai penyakitnya.
Apakah Kanser ?
Kanser adalah sejenis penyakit di mana salah satu jenis sel-sel di dalam badan seseorang yang bertukar ciri-ciri fizikal dan fungsi sehingga iannya diluar kawalan badan seseorang. Apabila ini berlaku sel-sel ini akan membiak dan jika sekiranya badan seseorang tidak dapat memusnahkannya, sel-sel ini akan membentuk ketulan atau benjolan. Sel-sel kanser ini juga boleh merebak ke tempat lain melalui salur limfa dan juga saluran darah.
Apakah Punca-Punca Berlakunya Kanser ?
Terdapat banyak punca berlakunya kanser. Sesuatu sel boleh bertukar menjadi sel kanser jika faktor-faktor luaran dan dalaman seseorang itu berinteraksi dan merencat sejenis protin yang dinamakan Protin Perencat Kanser ataupun "Tumour suppressor protein". Kanser yang berbeza mempunyai punca luaran yang berlainan. Contohnya kanser serviks, kanser serviks disebabkan oleh jangkitan sejenis virus yang dinamakan Human Papilloma Virus (HPV). Jangkitan virus ini sahaja tidak boleh menyebabkan kanser sebaliknya jika sistem pertahanan badan wanita lemah dan kebetulan mereka juga mempunyai faktor keturunan menghidap kanser yang sama. Amalan-amalan tertentu boleh juga menyumbang kepada berlakunya kanser seperti merokok serta mempunyai pasangan seks yang ramai. Di antara penyebab2 lain berlakunya kanser adalah merokok (kanser paru-paru), jangkitan virus hepatitis B&C (kanser hati), jangkitan bakteria H.pylori (kanser perut), pendedahan kepada radiasi, bahan-bahan kimia di dalam makanan serta persekitaran, kelebihan hormon tertentu di dalam badan, pendedahan kepada cahaya matahari yang berpanjangan dan lain-lain. Tidak kurang juga kanser-kanser yang tidak diketahui penyebabnya dan ini mungkin diluar kemampuan ilmu pengetahuan manusia.
Bagaimana Kanser Dikesan ?
Banyak kanser yang terjadi secara senyap dan hanya dikesan setelah ianya menunjukkan tanda-tanda seperti benjolan, pendarahan, perubahan kulit, bengkak dan sebagainya. Tidak kurang juga kanser yang hanya dikesan setelah berada pada peringkat lewat. Setiap individu perlu mengesan kelainan yang berlaku pada diri mereka dan mengambil tindakan segera mengenalpasti punca kelainan tersebut. Bagi kanser wanita, di antara tanda-tanda serta gejala-gejala yang boleh memberi indikasi menghidap kanser adalah pendarahan faraj yang tidak menentu dan panjang, perut yang membuncit, keluar lendir campur darah dari kemaluan, pendarahan selepas hubungan seks, hilang selera makan dan penurunan berat badan yang mendadak.
Bagaimana Kanser disahkan ?
Kanser disahkan melalui ujian biopsi iaitu cubitan dari ketumbuhan. Cubitan ini akan dihantar ke makmal patologi untuk pemeriksaan Pakar Patologi.Sebahagian jenis kanser disahkan setelah membuat pembedahan seperti pembedahan mengeluarkan rahim dan ovari. Ada juga kanser yang disahkan melalui ujian biopsi sum-sum tulang.
Apakah kesan dari menghidap kanser ?
Kesan akibat menghidap kanser sebenarnya adalah lebih besar dari apa yang sebahagian masyarakat sangkakan. Ianya boleh dibahagikan kepada 3 kesan utama :
a. Kesan Fizikal
b. Kesan Psikologikal dan Seksual
c. Kesan Sosial
Semua kesan-kesan ini akan membebankan bukan sahaja pesakit tetapi ahli keluarga, masyarakat malah sesebuah negara kerana kos rawatan kanser adalah sangat mahal.
Bolehkah Kanser Dicegah ?
Sepertiga dari kanser yang dihidapi oleh manusia boleh dicegah. Setiap individu perlu mengetahui bagaimana mencegah penyakit kanser. Di antara kaedah-kaedah pencegahan adalah :
a. Amalan hidup sihat, kurang pengambilan lemak, dapatkan berat badan yang ideal, tidak merokok, tidak minum minuman beralkohol , tidak mengamalkan hubungan seks rambang dan lain-lain.
b. Melakukan ujian pap smear untuk mencegah kanser serviks.
c. Melakukan pemeriksaan sendiri payudara dan ujian Mamogram (untuk golongan usia tertentu) untuk mencegah dan mengesan peringkat awal kanser payudara
d. Pembedahan mengeluarkan organ-organ yang berisiko sangat tinggi untuk menghidap kanser seperti kelenjar ovarike atas wanita yang mempunyai keturunan penyakit kanser ovari.
e. Merawat prakanser iaitu peringkat sebelum terjadinya kanser.
Apakah Kaedah Rawatan Kanser ?
Kanser boleh dirawat dengan salah satu ataupun kombinasi dari rawatan-rawatan berikut :
a. Rawatan Pembedahan
b. Rawatan Kemoterapi
c. Rawatan Radioterapi
d. Rawatan Hormon
e. Kombinasi dari rawatan di atas
Adakah kanser boleh berulang selepas rawatan ?
Ya ! Kanser adalah sejenis penyakit yang boleh berulang walaupun sudah dirawat. Kadar kejadian kanser yang berulang adalah bergantung kepada jenis kanser, peringkat kanser, kekuatan badan penghidap kanser,samada rawatan yang diberikan mencukupi dan terdapat juga kajian menunjukkan bahawa individu yang mempunyai kekuatan dalaman, bersikap positif serta emosi yang stabil dapat melawan kanser dengan lebih berkesan dan mempunyai kadar penyembuhan yang lebih baik.
Apakah terapi biologi ( Biological Therapy) untuk penyakit kanser?
Di samping ubat sitotoksik yang digunakan di dalam rawatan kemoterapi, terdapat satu lagi golongan ubat-ubatan antikanser yang dinamakan terapi biologi ( Biological Therapy : BT), BT adalah kaedah dimana ubat-ubatan tersebut mempunyai kebolehan untuk menyerang sel kanser secara spesifik tanpa memberi kesan samping kepada sel-sel badan yang normal. BT akan memanipulasikan sistem imun badan untuk bertindak ke atas sel kanser. Contoh kategori ubat di dalam BT adalah monoklonal antibodi yang dihasilkan khusus untuk menyerang bahagian2 tertentu sel kanser. Salah satu monoklonal antibodi yang digunakan adalah Trastuzumab ataupun Herceptin yang diberikan kepada penghidap kanser payudara. Ianya adalah monoklonal antibodi yang menyerang protin HER 2 yang "overexpressed" di permukaan sel kanser payudara. Akibat halangan ke atas protin HER 2 ini , maka berlaku gangguan signal kepada sel kanser untuk membiak. Ianya diberikan bersama ubat sitotoksik untuk kes-kes tertentu sahaja. Ubat antikanser lain yang dikategorikan sebagai BT ini adalah Avastin ( Buvacizumab) yang merencat protin peransang angiogenesis. Ianya digunakan di dalam kes lewat kanser usus dan kanser paru-paru. Ubat2 di dalam kategori BT ini masih baru dan hanya dapat diberikan kepada pesakit2 tertentu sahaja.
Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap mengenai Kanser seperti yang dibincangkan di atas sila dapatkan Buku Kanser Wanita : Pencegahan dan Rawatan dengan melayari laman web di bawah. Buku ini memperkatakan secara mendalam kaedah-kaedah rawatan kanser dan bagaimana pesakit serta ahli keluarga dapat menanganinya.

0 comments:
Post a Comment