Masalah hubungan seks selepas bersalin mungkin disebabkan oleh beberapa faktor:
1.Masalah kesakitan pada luka episiotomy yang telah sembuh. Kadangkala kesakitan ini agak lambat untuk hilang bagi sesetengah wanita. Ada kalanya wanita berperasaan takut, takut sakit dan takut jahitan terbuka kembali. Keadaan begini boleh diatasi jika wanita-wanita ini datang berjumpa semula doktornya selepas 6 minggu bersalin dan berbincang mengenainya.
Doktor boleh memberi jaminan bahawa jahitan yang telah sembuh menjadi parut dan ia tidak mungkin terbuka semula.
2. Masalah takut hamil semula dalam masa yang terdekat. Ibu-ibu yang datang berjumpa doktor semasa lawatan postnatal, enam minggu selepas bersalin berkesempatan untuk berbincang mengenai merancang kelahiran anak.
Pengamalan cara-cara merancang keluarga dapat memberi keyakinan diri kepada ibu-ibu ini dan mereka dapat memulakan hubungan seksual dengan tenang tanpa ragu-ragu dan bimbang apabila haid terlewat.
3. Nafsu seks ataupun libido memang agak kurang selepas seseorang wanita melahirkan anak. Wanita ini juga memerlukan masa yang agak lama untuk diransang. Suami perlu memahami fakta ini kerana jika kemasukan zakar dilakukan terlalu cepat sebelum isterinya terangsang, keadaan tersebut boleh menyebabkan kesakitan kerana faraj belum bersedia dengan pengeluaran cairan yang lazimnya berlaku apabila wanita terangsang.
4. Keadaan faraj yang kering lazim berlaku kerana kadar hormon yang berkurangan terutama jika seseorang ibu menyusui anaknya sepenuh masa. Ibu-ibu sebegini dinasihatkan mengguna pelincir untuk mengurangkan kesakitan. Ubat pelincir yang larut dalam air seperti KY jelly adalah lebih baik daripada pelincir lain seperti petroleum jelly.
Pasangan dianjurkan supaya berbincang mengenai masalah yang dihadapi dan sama-sama mencuba untuk mengatasinya seperti menggunakan pelincir atau mencuba posisi hubungan seks yang berbeza yang boleh mengurangkan kesakitan.
Tuesday, 3 March 2009
Masalah Hubungan Seks Selepas Bersalin
Posted by akmappsp at 05:17
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment